Thursday 11 August 2011

Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka. :)

Assalamualaikum, Ramadhan Bulan Rahmat ! Bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka datang lagi! Syukur kita tak terhingga kepada ALLAH SWT kerana masih memilih kita bertemu dengan bulan yang ditunggu dan dirindui bulan Ramadhan. Adalah lebih baik kita memulakan bulan Ramadhan dengan memohon maaf kepada ibubapa, jiran-jiran, kaum keluarga, sahabat dan musuh kita!**tak terkecuali tau**


Setelah anak bulan puasa kelihatan marilah kita berazam supaya Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya kerana belum tentu Ramadhan tahun depan kita diberi peluang untuk bertemu.



Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :
  • Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Tarawih, Tahajjud dan Witir.
  • Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
  • Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
  • Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al Quran dan azam untuk khatam Al Quran.
  • Memperbanyakan iktikaf di Masjid atau surau.
  • Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
  • Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri masjlis ilmu dimana sahaja diadakan.
  • Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
  • Mengurangkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
  • Banyakan sedekah.
  • Banyakan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
  • Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
  • Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran.
  • Dan jangan terlupa zakat fitra.
Semuga Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka tahun ini akan menjadi madrasah realiti yang terbaik untuk kita muhasabah diri menjadi hambah ALLAH SWT yang lebih baik untuk persediaan alam kubur dan akhirat yang entah macam mana bahagiannya untuk kita.
Mari kita berdoa semuga ALLAH SWT beri hidayah kepada mereka yang rasa terseksa dengan kedatangan Ramadhan tak kiralah yang tua atau remaja Islam yang lansung tidak berpuasa di bulan ramadhan.
Aku seisi keluarga pohon ampun dan maaf jika ada kata-kata yang salah, tulisan yang menyentuh hati,  janji yang terlupa, prasangka buruk antara kita dan apa sahaja yang menyebabkan kemarahan keluarga dan rakan yang jauh dan dekat. Semuga Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka ini kita tidak menjadi orang rugi.
SELAMAT BERPUASA SEMUA ! :)

Untuk Semua Umat Islam ! Baca ni!

sekadar kongsian bersama.Tolong baca ye.. 
siaran RTM di Negeri Pahang. Tergempar!! ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya. > kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia ...m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dari bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal yang berusaha untuk naik ke muka bumi. oleh itu, kita disuruh sentiasa tak berhenti azan dan solat, sebarkn kepada umat ISLAM yang lain. Amanah! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jangan skip utk bace ni. Sebarkan kalau sayang pada islam. > BAHAYANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya. POKEMON bermaksud saya yahudi, > PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi. CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah..nauzubillah) . > jadi. tolonglah SEBARKAN kepada rakan-rakan chat korang semua. > sumer org yg ade bobba messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni: bobba die cuba nak murtadkan org Islam. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam! (kalau rase sayang ngan org Islam la. kalau tak sayang, x payah forward!) jngan sombong dan bongkak. hanya utk pringatan bahawa kiamat sudah menghampiri.