Tuesday 21 June 2011

Burger. :)

Jeng ! Jeng ! Jeng ! ha.. ni ada satu citer yang aku boleh share dengan korang semua. selalunya kita kalau nk beli burger orang local buat kat stall tepi-tepi jalan je kan? pernah tengok restoran burger?? ha..ni la yang aku nak share dengan anda anda sekalian.. Joe's Burger Station. **gambar kat bawah tauke yer**



Latar Belakang Joe's Burger

Dengan berbekalkan sedikit pengalaman dan inspirasi dari kejayaan pengeluar Ramly Burger, Mohd. Azrin Kejan, 40, membulatkan tekad mengusahakan restoran dengan menggunakan nama 'Joe Burger Station' di Taman Jaya, Pontian Kecil, Johor.

Bermula dengan menjual burger, roti John, hot dog, kentang dan nugget sejak dua tahun lalu, perniagaannya semakin meluas dan terkenal dengan tambahan menu makanan Barat seperti chicken chop, fish n chips, lamb chop dan stik.

Mohd. Azrin berkata, pengalaman menjual burger di gerai tepi jalan serta perniagaan runcit menjual roti dan daging burger telah mencetuskan idea bagi memperkenalkan burger yang lebih menyelerakan kepada para pelanggan.



p/s : jom try.?

Friday 17 June 2011

hackers dah hacked GengBlogger la pulak. :(

Haish. leceh betul. Baru sign up for blog and then dapat pulak story-story mengatakan "gengblogger" dah di hacked skali lagi. hurff.... *ngeluh panjang* :'( 

apa sebab para penggodam ni mengamuk? adakah sebab diorang ni dah terlalu bosan sangat sampai nak hacked hampir semua web yang ada? ke sebab frust bercinta? ke sebab mak halau rumah or sebab nak hilangkan rasa rindu kat anjing  kesayangan diorang yang mati dilanggar treler? **bab merapu serah je kat aku. banyak experience. ** 

Okay okay. back from the original story..aku nak cerita panjang-panjang pun aku tak tahu pape sangat. **tak tahu pape pun actually.** so, baik aku cerita kat korang korang semua based on apa aku dapat dari internet je, okay?

Maybe ada diantara hangpa ni dah kenal sangat dengan cerita mengenai "GENG ANONYMOUS" ni. bagi yang tak tahu tu..ni aku nk habaq mai. depa ni diantara "super duper extravaganza knowledge" tentang IT ni yang seronok sangat nak kita-kita ni kenal dorang dengan nama "geng anonymous". **dorang ni pemalu sangat sebab tu tak nak orang tahu nama sebenar diorang.**

Geng Anonymous ni memang rajin sangat nak hacked web web ni. kebanyakkannya portal portal kerajaan lah.**dah tak ada kerja lain agaknya** Walaubagaimanapun **cewah** ma'laun ma'laun ni tak la hacked semua web web yang ada. Ada web yang di hack, ada jugak yang di DOS atau dalam makna panjangnya "Denial Of Service". ura ura mengatakan diorang ni seronok sangat nk hacked portal kerajaan sebab "SKMM menyekat pengguna internet dari melayari 10 laman web muat turun".  **owh..baru ku tauk.**

Berikut adalah senarai web yang telah "dirogol" oleh GengAnonymous :


SabahTourism.com – Hacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) – Hacked
Tourism Malaysia – Unaffected
UiTM Penang – Hacked
JBiotech - Hacked
Social Welfare Department (Ezi2Care) – Hacked
CIDB – Hacked but back up 12:20am
Land Public Transport Commision – Hacked but back up 12:15am
1Malaysia – DoS / Switched off 3:45am
Malaysian Communications and Multimedia Commission - Unaffected
ASEANConnect – DoS / Switched off
Malaysian Meteorological Service – DoS / Switched off
Ministry of Education – DoS / Switched off
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia – DoS / Switched off
Bomba - DoS / Switched off
TMNet - Unaffected
Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
Kementerian Kerja Raya Malaysia - DoS / Switched off
Parlimen Malaysia – DoS / Switched off
Malaysian Treasury – DoS / Switched off
University Kebangsaan Malaysia – DoS / Switched off
Jobs Malaysia – DoS / Switched off
Information, Communications and Culture – DoS / Switched off
Human Resouce Ministry – DoS / Switched off 3:59am
National Sports Council – DoS / Switched off
Polis Diraja Malaysia (PDRM) – DoS / Switched off<



"Untuk laman web Gengblogger, si tukang hack ni menafikan bahawa dia terlibat dalam Geng Anonymous, sebaliknya menggelarkan diri dia sebagai "Adam Oscar Dimarco" . Kemain nama , berbelit lidah nak nyebutnya haa . Bagaimanapun , ada yang mendakwa bahawa untuk web gengblogger.com , si hacker cuma melakukan 'defacement' pada hompage http://gengblogger.com/index.php sahaja dan tidak melibatkan keseluruhan web ." *petikan dari member aku.**dah malas nak typing**

Gengblogger GB



Sumber daripada ; http://affanruslan.com/

Wednesday 15 June 2011

Tuala Wanita :P

Haa.....bila bercakap tentang tuala wanita ni mesti ada yang ingat aku dah buang tabiat kan? seperti sedia maklum tuala wanita ni ada banyak jenis kn? maxi la.. slim la.. overnight pun ada jugak. kepada jejaka-jejaka yang diluar sana jangan tak ambil peduli pulak pasal tuala wanita ni.. mau yer awek, marka, aci, cewek, bini, sayang korang terbocor time tengah dating ke.. Ha, tak pun mak, ibu, mama, ummi ,adik perempuan korang pun terbocor and mintak tolong korang belikan pad macam mana? ceciter-ceciter?




Korang semua jangan nak gelak pulak ea. aku ckp ni sebab aku dah ada pengalaman dalam situasi-situasi sebegitu. beli untuk mak aku, adik aku, awek aku..untuk kawan aku pun pernah! mula-mula malu la jugak kan. bila kt kaunter je mesti cashier buat muke pelik.**pe lagi, muka aku punya la tebal time tu** then secara automaticnya dorang akan senyum-senyum. ingat apa? benda ni klakar ker? kalau diorang bocor time tengah shopping how? now you tell me how?


sampai ada one group awek dok perli-perli aku la. dorang tak tahu ke yang dorang dok gelak tu benda yang dok tetampal ka "situ"? hissh. tak paham aku. 


P/S : kepada lelaki. redah je kalau terpaksa beli. kalau tak beli korang jugak dapat malu kn? 

-peace-

Pity Old Lady :(

hurm, okay ! yesterday, when I was on the way back to the office after lunch, ada sorang auntie with one lil boy came near me and asked for RM5 to some food for her son. kesian sangat. dia nak balik Ipoh. ada duit cukup-cukup je untuk beli tiket bus. then aku ckp la cmni.. "erm,,xpa mak cik, mak cik tggu sat, sya naik ofis letak barang. satgi saya turun bagi duit. mak cik tunngu sat na." *aku keluar office bwak ngam-ngam je duit yer/wallet aku tggal dlm laci meja aku* then mak cik tu ckp okay. aku pn cepat-cepat la naik office letak sume brg.. then turun balik nk bagi duit, tengok-tengok mak cik tu dah hilang. hurm. puas aku pusing satu kawasan dekat-dekat situ.. tapi tak jumpa. sedih betul aku. rasa bersalah pulak aku bila xjumpa dia..hope she's fine.

p/s : kepada mak cik tu, aku doakan semoga Allah mencucuri rahmat dan rezeki yang melimpah kelak. :'(

Kisah Cikgu Tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.



Cikgu itu terpaku berfikir sendirian. *ambik kau!* haha

Lirik Lagu Meet Uncle Hussain feat Hazama AF9 – Pokok


lagu ni first time aku dengar terus jatuh cinta ! terbaik dari ladang. melody sedap. suara penyanyi sangat secocok dengan lagu ni. tak dapat nk disangkal lagi. Hazama memang sesuai berganding dengan MUH.


Pokok


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah

Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Pembuka Kata

Alhamdulillah. akhirnya terbuang jugak masa aku untuk ber-blog-ing..*muka bangga muka bangga* :) asyik nk ber- fb - ing je kan.. bosan jugak. maybe ppl will say aku "agak ketinggalan" dalam dunia blog ni. tapi ni tak patahkan semangat aku untuk cuba berblogging. *muntah muntah*

So, now adalah masa yang sesuai untuk godek-godek what is actually blogging is all about. is it the same like twitter? almaklumlah aku ni buta sikit bab-bab social network ni.*gigi bersinar-sinar*

okay. i think it's all for today. assalamualaikum.