Friday 17 February 2012

Face Mask

Kali ni aku nak cerita pasal first studio project aku, 'FACE MASK'. Mulamula masa dapat brief about this project, yang terlintas dalam kotak fikiran aku adalah "perlu ke buat semua ni?". macam takk ade kena mengena je dgn architecture. Ternyata aku salah. Project ni sebanarnya nak tengok kreativiti masingmasing dalam mereka sesuatu design. setiap design yang direka mesti ada meaning yang tersendiri **ouh..macam tu rupanya**. so  ni contoh2 face mask yang aku and my all fellow classmate buat**yang paling buruk tu aku la.** :P
ni yang terbaikk. Hilmi Husaini

proses mengecat muka,i suppose. :P

Daus.

zombie kampung pisang. :P

no komen.

yang buruk.**xde nilai estetik. :D

pendek kata, semua orang ada cara tersendiri untuk aplikasikan apa yang terbuku dalam hati dan fikiran diorang. ini dimana muka aku tak bolehh nak gerakgerak dan gusi aku bengkak secara tibatiba. urgh. >_<"

Tuesday 14 February 2012

Melangkah ke alam Senibina. :)

Masa mula-mula tu memang agak susah nak sesuaikan diri. Almaklumlah,terasa diri ini dah tua utk mengambil diploma. Tapi apakan daya, disebabkan minat yg mendalam dan cita-cita aku dari sejak kecil lagi akan ku tempuh dengan penuh kesabaran.**cewahhh ayat kau**

aku lah. :)

Semua orang cakap aku ni buang masa 3 tahun ambil diploma dulu **science computer major in communication**. Tapi bagi aku, aku rasa takk. Aku dapat pengalaman yang sangat berguna. and i think now i can compare what is better**matang lah konon**. and for sure architecture is way to tough than computer.**computer banyak main**. but in architecture tak ade dahh masa nak main-main bagai. kena ada displin.**konon** >_<"
yang membackup aku dari belakang. :P

dengan bermodalkan mereka semua. aku akan teruskan perjuangan sebagai pelajar senibina yang berwawasan. haha. kemain. :D

Thursday 1 December 2011

Galaxy Tab 10.1 vs iPad 2

Kali ni aku nak kongsi pasal dua gadget terpopular di seantero dunia iaitu SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 dan IPAD 2. Memang tak dapat nak disangkal lagi kedua-dua tablet ni sememangnya menjadi kegilaan semua yang inginkan diri mereka "up to date" dan tidak ketinggalan zaman.

GALAXY TAB 10.1


Apa yang "best" sangat kedua-dua tablet ni? even kawan adik aku yang masih bersekolah pun dah guna tablet tu**kalau time aku dulu baru nak sibuk guna nokia 3310 ja** kalau masa tu nokia 3310 kira dah advance tahap gaban la kan? hehe.(memalut sudah).

ok-ok, berbalik kepada cerita asal, Bagi aku lah kan...Samsung Galaxy Tab jauh lebih baik dari Ipad 2. Nak tahu kenapa? sebab yang terpoyo sekali ialah Samsung Galaxy tab ni lebih nipis dan komphergm komphergm lah lebih ringan dari ipad 2. Kalau dari segi RAM pula, Galaxy Tab menawarkan RAM yang lebih laju iaitu 1GB berbanding ipad 2 yang hanya menawarkan 500MB jer.

ipad 2


Ipad 2 menggunakan IOS 4 sebagai browser berbanding Galaxy Tab 10.1 menggunakan android 3.1. seperti mana yang kita ketahui Apple mempunyai sistem yang lebih exclusive + mewah + canggih dan jauh kehadapan. Tetapi bagi aku, aku lebih memihak kepada galaxy tab kerana mesra pengguna. Mungkin ada diantara korang semua tak setuju dengan pilihan aku. It's okay, semua orang ada pandangan diorang masing-masing. so peace no war. :)