Saturday 5 November 2011

Perhubungan. T_T


Assalamualaikum, malam ni aku terasa sunyi sangat. tak ada siapa nak bergaduh, bergurau, berbincang perkara yang tak pernah selesai. T_T *sayang balik kampung.

Pejam celik pejam celik dah tiga tahun lebih hubungan kami berdua. Dari awal kami kenal tak pernahnya nak bersependapat. Ada ja yang tak kena. Lain orang lain cabarannya. Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana kami boleh survive dengan satu hubungan sehingga tahap ni sedangkan pada masa yang sama teman-teman lain dalam tempoh 3 tahun dah bertukar pasangan beberapa kali.*yeke??

Aku pun tatau nak jawab macam mana.Kepercayaan? Baik saya mahu dia ada juga ada rasa syak wasangka antara kami.*Setiap masa* Saya tak mahu rasa terlampau selesa dengan menyangka dia setia kepada saya dan memang benar ada unsur-unsur khianat dipertengahan jalan.*cewah! ahha ;P

Mungkin puncanya datang dari saya,dan juga dia*tak kira,nak dia jugak!* dan ada juga yang bersifat tak senang hati dan berani mencelah antara kami.**banyak kali dah..**.

Tiga tahun**plusplus
Kami tak seperti dulu lagi.Masing-masing berubah,perubahan itu mungkin tak disedari atau disedari tapi buat-buat tak sedar. Kegemaran masing-masing sudah berubah.

‘B, tak nak la cakap love you2 lagi. takut bosan.’**dulu dia jugak yang paksa cakap hari2
‘b jalan jauh sikit, rimas’ **dulu berkepit mcm gam kasut

Perbezaan semakin hari semakin ketara semakin dalam jurangnya. Cabaran mulai datang. Kita tak seperti dulu lagi tapi kita saling cuba bersabar dan mencari solusi**yeke?memberontak ada la**. Seorang marah seorang lagi cuba untuk menjadi sejuk**asyik aku je**. Tenangkan situasi.
Kita semakin berbeda**cam indon la pulak** tapi perbezaan itulah yang membuatkan kita semakin jelas memahami orang tersebut. Persamaan yang sama dalam tempoh 3 tahun**plusplus adalah membosankan.
Saya juga bosan melayan perubahan dia tapi saya juga berubah makanya kami win-win situation.Jangan mengelak susah tapi ajar diri cara nak atasi kesusahan itu.Itulah kekuatan kita.
Perbezaan adalah pelengkap antara kita seperti celah-celah jari ini, saling melengkapi antara satu sama lain. Raikan perbezaan, pertahankan perhubungan.

"I MISS YOU SAYANG"